sponser iklan

Tuesday, December 14, 2010

Temani mayat ibu

Salam suma, td ada terbaca Metro tersetuh hati bila melihat seorg kanak2 berusia 4 thn menemani disisi ibunya selama 3 hari di dlm sebuah rumah. Dipercayai ibunya mangsa pembunuhan serta sudah meninggal dunia 3 hari... Berikutan adalah keratan daripada Metro....

Dari Metro

SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.



“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sekarang ni mcm2 kes berlaku sanggup membunuh tanpa rasa belas kasihan huhu.. Harap2 kita semua dilindungi oleh Allah dan dijauhi daripada kezaliman dan perkara2 yg xelok..

31 comments:

  1. Alahai sedih nyer.. kesian tul budak tu.. sanggup jaga ibu nya walaupun dah meninggal...

    ReplyDelete
  2. Baju kurung : mmg sedih huhu np la kejam sgt pembunuh ibunya itu huhuh :(
    Fatihah : itu la dikatakan kasih syg seorg ank pd ibunya sangup tggu ibu nya huhu
    Encik Mt : mmg sedih :(

    ReplyDelete
  3. sedey kan...dunia sekarang mmg kejam..eh bukan, manusia sekarang mmg kejam..sikap perikemanusiaan dah jauh sgt dr hati...mintak dijauhkan perkara mcam ni berlaku pada keluarga kita..nauzubillah..
    time kasih tuan rumah tag kite kat n3 neh.. :)

    ReplyDelete
  4. isk.. sob..sob.. sedih plak bila baca.. isk..

    ReplyDelete
  5. fyna : mmg cian kt bdk tu huhu :(
    QasehAiris : sama2 kta brdoa supaya kita suma dilindungi oleh Allah drp perkara2 yg mcm ni huhu..

    ReplyDelete
  6. ejai : mmg sedih n tersentuh hati :(

    ReplyDelete
  7. keciannya, kt budak tu..
    mcm2 berlaku skrg ni..

    ReplyDelete
  8. zalim..mnala perikemanusiaan org yg wat cm2..haiwan pon ada perikehaiwanan...hai...

    ReplyDelete
  9. kasih nya ibu membawa kesyurga, kasihnya anak sanggup berlapar..

    ReplyDelete
  10. Saiazuan: mmg tragis huhu
    Cik mimie: tu la mmg ksian kt budak tu tggu ja mak die sampai 3 hari huhu
    iniialahaku: xtahu la ape nk jd dgn manusia skrg huhu
    Hosney: mmg ksian budak tu sampai berlapar huuhu

    ReplyDelete
  11. Hei..
    ni yg wat aku nak mencarut ni..
    mmg sah bangang ar saper yg bunuh tu..
    bodo...
    kesian kat budak tu..
    dia sanggup tunggu kt tepi mayat mak dia..
    sedih lah plak bler bcer cter ni...

    ReplyDelete
  12. apalah nasib budak tu lepas ni.. sadis

    ReplyDelete
  13. kesiannya dekat budak kecik yang tak tahu apa-apa tu. kejam betul si pembunuh!

    ReplyDelete
  14. simpati aku dkt budak tu
    hilang dia kasih sayang seorang ibu

    P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

    ReplyDelete
  15. Cikgu Fakri : Tu la sape yg bunuh tu mmg xder ati perut.. same2 la kita brdoa moga budak tu ade ade org yg nk mbelanya.

    ann : Xtahu la ape nasib budak tu lps ni.. harap2 dia blh hidup mcm org len yg ade makm bapak.

    Miza Yusof : mmg kejam pembunuh tu hhhuhuhu :(

    Hans : Mybe budak tu nti ade org yg nk bela n akn sygkn dia mcm mna mak die sygkn die.. xpun di tempatkan di rumah anak2 yatim ke.. sama2 la kita brdoa...

    ReplyDelete
  16. kesian dan sedih sangat2..seb baik tauke rumah sewa dtg cepat..just matter of time, budak tu pon akan mati kebulur gak..=(

    Jejaka Terhangat: Tips Komputer: Cara-cara Mengatasi Komputer Yang Lembab + Cepat Panas

    ReplyDelete
  17. kesian betul budak pompuan tu....huhuhu

    ReplyDelete
  18. ish..kesian giler kt budak tu. tu la kasih anak kepada ibu. seb baik orang sedar kalau x, tah budak tu lak yg mati kebulur. kejam la manusia zaman skg neh.

    ReplyDelete
  19. sedih angah baca kat hmetro semalam.. kesian budak tue

    ReplyDelete
  20. Jejaka Terhangat : itu la nasib baik tuan rumah sewa dtg cepat kalau x budak tu pun mybe arwah sbb xmkn..

    El : mmg ksian, sampai ati pembunuh mak budak tu huhu..

    Puan aiNa Rahman : mmg kejam pembunuh tu.. mbunuh tnpa rasa simpati..

    AngahSayang : Sama2 la kita brdoa moga budak tu sihat n ade org yg akn jaga die..

    ReplyDelete
  21. kesian nya... kesian sgt kat budak tue,.. mesti dia ingt mak dia tidur kan... sob sob sob...

    ReplyDelete
  22. Lizzie Yasmin : Mmg ksian kt budak huhu.. tu bdk2 mna tahu ape.. msti die duk ingat np la mak die xbgun2 huhu :(

    ReplyDelete
  23. Innalillah...

    Sedihnya.. sian dia sure lapar giler 3 hari x makan. Mesti penat dia bangun2kan tubuh kaku arwah ibu dia.. so sad..

    Teringat kat anak2.. kalau tgk diorg dahaga pun, kita sbg ibu sgtlah kesian.. apantah lg klu lapar.

    ReplyDelete
  24. Mrs Asida : mmg sedih sgt klau kenangkn nasib budak kecik tu msa kjadian tu..ape2pn kita brdoa la utk keselamatan die..

    ReplyDelete
  25. Siannye... sedih lah!! moga budak tu boleh sembuh dari trauma dia... ermm.. tak tau berapa lama kan?!

    ReplyDelete
  26. Huszaini : harap2 budak tu leh sembuh la lps ni..

    ReplyDelete
  27. tak dapat dibayangkan betapa penderitaan akan berpanjangandialami budak tersebut...dari segi psikologi dan perjalanan ritma hidup nya akan berubah.. kesian...uncle amat simpati dengna kejaidan yang menimpa mereka.

    ReplyDelete